Malaysia telah gempar dengan kehilangan pesawat Malaysian Airlines (MAS) Boeing MH370 pada 7 Mac 2014 jam 12.40 pagi masa penerbangan dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke Beijing. Pendaratan pesawat yang sepatutnya tiba jam 6.30 pagi di lapangan terbang Beijing namun tidak muncul tiba mengundang perasaan resah dan bimbang seluruh dunia. Seramai 249 penumpang termasuk juruterbang dan anak-anak kapal.
Kehilangan pesawat ini memberi impak yang besar ke atas emosi keluarga mangsa dan seluruh dunia amnya. Kehilangan tanpa jejak ini merupakan antara sejarah terbesar kehilangan pesawat di Malaysia. 4 hari sudah berlalu. Namun masih belum ada jejak. Sebarang perkembangan dari pihak media masih seperti biasa. Perkembangan dalaman dari pihak atasan juga belum di ketahui sepenuhnya. Masyarakat dunia dan rakyat Malaysia mulai tidak sabar dan mengeluarkan pelbagai spekulasi dan teori masing-masing tanpa hujah dan bukti kukuh.
Spekulasi ini memberi kesedihan mendalam kepada anggota keluarga yang masih mengharapkan kepulangan keluarga tercinta.
Apa pun, biar berpusing 360 darjah sekalipun pemikiran kita memikirkan kehilangan MH370 tanpa jejak ini, tetap kuasa Allah itu pasti. Jangan pernah berputus harapan selagi mereka tidak kembali pulang.
Tadahlah tangan dan berdoa untuk keselamatan para penumpang dan anak kapal MH370. Berdoa lah semoga mereka kuat walau di mana sahaja anda berada. Berdoalah agar mereka selamat walau dalam keadaan apa pun mereka. Berdoalah supaya Allah melindungi setiap anggota penyelamat dalam misi Search and Rescue ini.
Berdoalah semoga kaum keluarga dan rakyat Malaysia terus sabar menunggu dan kuat menghadapi ujian yang satu ini. Tidak lengkap iman seseorang muslim itu tanpa diuji dengan ujian yang setimpal dengannya. Sabar itu jugalah jalannya.
Berilah keyakinan tertinggi dalam misi pencarian ini. Keyakinan bahawa Allah akan memberi keajaiban agar kita akan bertemu MH370 sedikit masa lagi.
Berdoa dan bersatu lah wahai rakyat Malaysia. Allah mendengar rintihan hambanya yang mengharap. Merintihlah.
MH370, walau di mana pun kalian berada, kami di sini tetap menunggu. Kami di sini terus mengirim senjata paling ampuh kami untuk kalian. Bertahanlah. Dan kembalilah ke pangkuan orang yang kalian cintai.
Allah jua yang maha mendengar. Terima kasih Allah untuk ujian ini. Semoga rakyat Malaysia dan umat Islam sedunia akan terus bersatu tanpa persengketaan. Sesungguhnya tali ukhwah yang kukuh itu lah yang paling engkau sukai. Terima kasih Allah memelihara kami dari terus lalai dalam dunia mu. Terima kasih Allah mengingatkan putaran waktu yang tak akan kembali, putaran waktu yang semakin suntuk. Terima kasih Ya Allah untuk semua ini.
Sesungguhnya nikmat dan rahmat serta ujian dan dugaan Allah itulah yang punyai seribu satu hikmah yang perlu kita renungi.
Allah, kembalikanlah MH370 dan berikan keyakinan kepada semua untuk terus bersabar dan menunggu sedikit masa lagi. Amin ya Rabbalamin.
Tuesday, 11 March 2014
This is a journey
and one day i will find my destination. Keep moving on. Never stop. Never. :)
Setiap kali kau jatuh, bangunlah. Tidak salah kau bangkit selepas kau gagal. Tidak salah kau menoleh setiap kali kau menangis. Itu semua akan mematangkan kau. Belajarlah dari kesilapan, dari kegagalan. Tiada orang berjaya di dunia ini tanpa melalui walau satu kekecewaan. Lalui dengan hati terbuka. Dengan senyuman. Dengan penuh kekuatan.
Tiada siapa mampu kuatkan kau melainkan diri kau sendiri dan dengan izin yang Maha Esa. Jadi jangan berhenti berharap jangan berhenti berdoa. Hidup ini sementara. Capai lah apa yang diingini selagi nyawa masih dibadan. Andai esok hari terakhir, terima lah, dan kembalilah kepada penciptaNya dengan sebaik baik amalan.
Semoga kehidupan selepas ini lebih bererti. Lebih mendewasakan. Dan lebih membahagiakan. Walau di atas, mahupun di bawah. Pergilah, cari apa yang kau mahu. Pergilah, dapatkan apa yang nak dituju. Genggam apa yang engkau sayang. Jangan pernah lepaskan lagi. Selagi ia tidak mahu pergi. Pertahankan sebaik baik pertahanan.
Kita merancang, Allah punyai lebih baik perancangan. Tunduk serendahnya menyembahnya. Percaya dan yakin pada qada dan qadarnya. Belajarlah menerima kesilapan diri dan orang lain. Belajarlah memaafkan dan melepaskan. Hiduplah dengan penuh kelegaan. Nescaya bahagia itu akan menjadi milik kau.
Pergilah. Pergi capai apa yang engkau nak. Dan kembali dengan senyuman. :)

Subscribe to:
Posts (Atom)