Tuesday, 11 March 2014

This is a journey

and one day i will find my destination. Keep moving on. Never stop. Never. :)



Setiap kali kau jatuh, bangunlah. Tidak salah kau bangkit selepas kau gagal. Tidak salah kau menoleh setiap kali kau menangis. Itu semua akan mematangkan kau. Belajarlah dari kesilapan, dari kegagalan. Tiada orang berjaya di dunia ini tanpa melalui walau satu kekecewaan. Lalui dengan hati terbuka. Dengan senyuman. Dengan penuh kekuatan.

Tiada siapa mampu kuatkan kau melainkan diri kau sendiri dan dengan izin yang Maha Esa. Jadi jangan berhenti berharap jangan berhenti berdoa. Hidup ini sementara. Capai lah apa yang diingini selagi nyawa masih dibadan. Andai esok hari terakhir, terima lah, dan kembalilah kepada penciptaNya dengan sebaik baik amalan.

Semoga kehidupan selepas ini lebih bererti. Lebih mendewasakan. Dan lebih membahagiakan. Walau di atas, mahupun di bawah. Pergilah, cari apa yang kau mahu. Pergilah, dapatkan apa yang nak dituju. Genggam apa yang engkau sayang. Jangan pernah lepaskan lagi. Selagi ia tidak mahu pergi. Pertahankan sebaik baik pertahanan.

Kita merancang, Allah punyai lebih baik perancangan. Tunduk serendahnya menyembahnya. Percaya dan yakin pada qada dan qadarnya. Belajarlah menerima kesilapan diri dan orang lain. Belajarlah memaafkan dan melepaskan. Hiduplah dengan penuh kelegaan. Nescaya bahagia itu akan menjadi milik kau.

Pergilah. Pergi capai apa yang engkau nak. Dan kembali dengan senyuman. :)

No comments:

Post a Comment