Aku si penulis.
23 tahun 3 hari yang lalu aku dilahirkan. Bermulalah kehidupan sebagai khalifah di muka bumi. Common say, ibarat kain putih. Terbentang. Dunia ini kejam. Pelbagai warna di atasnya. Sedikit demi sedikit juga aku dicalit dengan pelbagai warna.
Anak kedua, dan juga anak sulung perempuan keluarga. Dikelilingi abang dan 2 adik lelaki banyak mempengaruhi aku untuk lebih bersifat kejantanan. Kasar yang memang terserlah. Semasa halus, aku kuat menangis. Semakin membesar hati semakin kental. Airmata paling ego untuk keluar. Di sebat hanya ketawa yang keluar. Apa aku ingat rotan tajam bapak satu permainan? Itulah masa lalu.
Bapak menyarung pakaian perempuan bergelar skirt dan gaun. Geli geliman aku memakai. 5 minit pemecah rekod aku pemakai gaun, 10 minit seterusnya long pant tetap jadi pilihan. Panjat pokok, masuk longkang, jelajah hutan, kesukaan kami berempat. Emak selalu kata, "engkau dan abang salah keluar. sepatutnya abang kau perempuan, engkau lelaki.."
Abang mula bersekolah, aku sibuk mengikut. Rajin katanya. Umur 5 tahun, parent hantar masuk tadika. Belajar, kena buli, menangis, tunjuk hebat. Umur 6 tahun, emak masukkan aku ke tadika agama. Disarung jubah, bertudung labuh. Cekgunya, ustazah berpurdah. Garang yang amat. Aku buat habis latihan dalam buku kerja pun kena marah. Rajin katanya. Kenal huruf ayat. Hafal surah surah lazim. Kata emak, aku anak paling bijak masa kecik kecik. Cepat tangkap. Bangga sekejap.
Umur 7 tahun. Abang masuk tahun 3. Aku sibuk mengikut abang masuk tahun 3. Kataku, tadika 1, tadika 2, maka darjah 3 lah penyambungnya. Fikiran kanak kanak memang benar suci bersih lurus tak bengkok. Dipaksa masuk darjah 1. Kelas hujung. Lembap mungkin. Aku ingat seorang cekgu nama suzuki. Aku fikir dulu toyota yamaha pun nama orang jugak. Bukan rupanya.
Darjah 2 aku pindah sekolah dengan abang. Sekolah kem. Banyak anak askar. Anak orang semenanjung. Tiap pagi makan nasi lemak balut daun pisang muda. Sedap. Aku ada seorang kawan perempuan. Mac namanya. Hilang hubungi sudah. Aku suka pegang rambutnya. Ada sarang kutu. Rumah kutu kataku. Pelik betul. Masa tu, aku fikir kenapa ye dia suruh kutu tinggal dikepala nya. Siap dibela lagi. Pelik sungguh. Mungkin sekarang dah tidak ada mungkin. Harapnya.
Darjah 3 aku pindah sekolah lagi. Sekolah cina. Guru besar ada taik lalat besar kat atas bibirnya. Sesi pagi. Sesi petang budak cina. Racism nampak lagi kat malaysia ini. Tapi okay lah, sebab kami menumpang sekolah. Sudi ditumpangkan. Darjah 4 sampai darjah 6 aku sekolah sesi petang. Tuisyen pagi pagi.
Abang dulu rasa retis. Suka karaoke. Masuk pertandingan joget la. Nasyid la. Aku tengok aje. Dulu aku malu kamera. Tak suka digambar. Sebab tu gambar masa kecik tak banyak. Filem hangus katanya. Orang selalu ejek abang pondan pondan. Aku pun sama. Kalau gaduh tarik rambut. Macam bangang punya perangai. Tapi kalau orang ejek, aku orang first baling batu. Berani kau ejek abang aku. Aku je boleh ejek. Dulu aku kan ganas. Sekali baling tepat kena dahi. Berdarah terus.
Setiap petang pergi bergayut kat palang taman permainan. Tengahari buta aku dah pergi taman permainan. Berebut katanya. Conquer taman permaianan. Nanti budak cina conquer dulu, tak ada tempat main dah. Dulu aku terror bergayut kaki atas kepala bawah. Agak agak sekarang mampu lagi kah?
Abang kata bahasa inggeris penting. Petang petang tak ada kerja, abang ajak karaoke. Lagu Westlife katanya. Improve inggeris. Best jugak aku layan. Rasa hebat inggeris katanya. Dulu cerita kungfu cina femes. Bila parent takde, aku dan abang ambik selimut besar pegi balut dekat badan, jadi pakaian kungfu orang cina. Main lawan lawan. Pedang pedang. Ceng ceng ceng..!! Yang bangangnya, main dekat tengah jalan. Agaknya masa itu belum ramai berkereta mungkin sebab itu jalan lenggang. Sampai jalan pun aku dan abang boleh conquer. Paling favourite bila hari nak hujan, angin kuat. Sambung main kungfu, power konon. Sambil ditiup angin. Superpower memang penangan kuat kanak kanak.
Dulu suka baca buku penyiasatan. Sanggup berkampung dalam perpustakaan yang jauh berjalan kaki lebih 5 km. Memang ternyata aku ulat buku. Ulat buku cerita. Sampai kan aku dan abang pun boleh main penyiasatan. Depan rumah ada bukit. Selalu panjat. Masuk hutan. Jumpa ular yang boleh terbang la. Jumpa ular kepala dua la. Jumpa banyak la. Sampai berkhemah kat atas bukit. Padahal tempat jin bertendang. Pernah sekali main penyiasatan sampai di tasik belakang bukit. Siasat orang dating buat maksiat. Masyaallah. Zaman itu suci lagi. Terus lari. Orang jahat katanya.
Abang habis darjah 6. Aku masih darjah 5. Abang masuk tingkatan 1. Macam dah dewasa abang. Susah betul nampak dirumah. Abang pergi sekolah naik bus awal pagi, petang balik. Tak main banyak dah. Aku nak UPSR tahun hadapannya. Abang famous betul dekat sekolah. Budak comel katanya. Ramai betul abang kakak angkat. Semua aktiviti sekolah dia masuk. Jeles aku.
Bila UPSR result keluar. Terkubur harapan aku nak sambung belajar di MRSM. Parent suruh sekolah agama. Di kampung nenek.
Maka bermula hidup aku 5 tahun di kampung. Di sekolah agama berasrama. Banyak cerita. Banyak yang dipelajari.
Habis SPM. Parent bawa pindah ke negeri orang. Aku tabah. Tawakal. Kelihatan kekok dalam kalangan keluarga sendiri. Penangan 5 tahun bersama nenek dan atuk. Keadaan kewangan keluarga mula bermasalah. Bapak tiada kerja. Adik beradik masih sekolah. Mungkin ini bermula peringkat hidup yang seterusnya. Kesukaran yang mesti ditempuhi. Aku bekerja di butik. Recommended by abang. Bagus katanya. Standard. Aku ikut sahaja. Tapi gaji kecik. Kedekut pun ye jugak.
3 bulan seterusnya, aku dapat tawaran sambung diploma di uni. Ikutkan hati, aku tolak. Bukan apa yang aku inginkan. Aku ingin apply yang baharu, setanding dengan minat aku. Tapi bapak berbunyi. Katanya option cuma dua, sambung atau terus berhenti. Aku anak taat. Jarang ingkar perintah dan arahan orang tua. Aku ikutkan sahaja. Bermula kehidupan aku sebagai seorang pelajar diploma universiti.
No comments:
Post a Comment