Jadinya, dunia office management memang tidak sesuai dengan aku. Manusia lain pergi kelas pakai kurung, blouse skirt bagai, aku selamba badak guna sandal kesayangan dengan tshirt and jeans. Bapak mana tidak malu dengan perangai tak senonoh serupa aku ini? Tapi ada aku kesah? Syukur aku jadi diri aku sendiri. Sehingga kini.
Tapi aku tak bagi malu muka mak bapak aku, sebab aku bagi dorang result gempak gempak setiap sem. ko ada? Haha. Dem i laugh for now. Abaikan.
Ape lagi eh? Aku belajar menaip macam nak patah jari jemari runcing halus mulus ni. Amboi kau. Jari kau kasaq. Yes, aku kejar and catch up study aku untuk first sem. Dan aku berjaya kuasai skill menaip masuk sem kedua. Betul kata mak aku, aku fast learner. Thanks God, too.
Then, tiap sem ada dinner. Muka aku nak pergi? Of course aku pergi. Sebab aku bayar mahal setiap sem. Aku pergi dinner nak makan. Tapi tetap jugak aku makeupkan muka aku pakai dress bagai. Ciss, aku yang dahulu.
Ape lagi? Aku ada 4 orang bestfriend dalam fakulti aku. I mean my classmate. best classmate. Ina, Nono, Dibah and Tirah. By the way, Dibah and Tirah adalah twin. Ina budak Sabah. Nono budak Miri. Aku suka kawan dengan dorang sebab low profile. Aku bukan manusia yang suka nak kawan dengan budak budak femes. Eh sori, bukan nak kata aku tak suka kawan. Kawan, memang la. ramai kawan aku orang femes. Tapi aku tak selesa kalau aku rapat dengan dorang. Rasa macam kena spotlight mencurah curah kat aku. Eh, jugak tidak. Aku akan rasa aku tenggelam. Aku tak suka. Sebab aku prefer jadi dirik aku. Yang suka conquer. HHAHA.. I laugh again. This time ketawa jahat.
No offense dude. Saje gurau. Aku memang suka kawan dengan dorang 4. Si kembar ni pandai melukis buat komik bagai. sebab tu nama aku amane ninomiya. maksud dia? tanya dorang. Dibah and Tirah buat komik yang ada watak kami semua. Femes sekejap aku. Ina ni sangat low profile. Tua setahun dari aku. Dia paling rapat dengan aku. Orang yang tak sombong ni, pun tak kedekut ilmu. Aku study sama sama dengan dia. Cukup baik dengan orang. Ohhh,, aku rasa aku memang berjodoh dengan orang yang sangat low profile. Maksudnya orang sekeliling aku semua begitu. Takpe, aku suka. Nono, lemah gemalai orangnya. Kata orang gedik. Tapi dia tidak. Sememang azali lahir dia begitu. Ketawa pun nak tutup mulut. Oh Nono rindu aku dengar kau ketawa.
Lecturers? Standard la. Dimana mana semua sama. Haha. Third time i laugh.
Itu sahaja mungkin. Ada lagi aku tambah. Sekejap aku selongkar gambar. Eh boleh ka? Boleh je kan.
Haa.. Ni ina..
Ni Nono..
Aku tak jumpa gambar dibah tirah. So aku letak hasil lukisan Dibah. :)
Ok bye.

No comments:
Post a Comment