Doa aku, aku sempat taubat sebelum masanya. Doa aku, aku sempat minta maaf pada semua yang aku buat salah, yang aku lukakan hatinya. Doa aku, semoga semua nya sempat dihalalkan. andai ada belum mampu aku bagi, belum mampu aku bayar. Andai ada yang pernah aku terambil. Tersimpan mahu terjual. dan terbeli. Apa sahaja. Doa aku, semoga aku selesai segala amanah dunia sebelum aku injak kaki 7 kaki bawah tanah. Aku kejam. Kejam dengan diri aku sendiri. How come aku boleh cool sebegini rupa? Sampai bila aku mahu bertahan? Simpan? Gila kejam aku dengan diri sendiri. Wahai jasad, maafkan aku.
Dulu aku suka lari lara. Jatuh jatah. Aku perosak bahasa. Ampun. Okay.
Dulu aku suka berlari. Terjatuh untuk kesekian kalinya. Paling teruk aku pernah jatuh dari tingkat 1 bangunan. Oh mak, kalau mak tahu, ampunkan aku. Aku tak tau apa jadi. Terbang umpama superman aku. Bila ditanah baru waras akal aku bertapak. Yang aku rasa cuma sakit. Gila. Okay, abaikan itu cerita lama.
Dari dulu aku memang suka dating dengan doctor. Kalau hensem tak pe, ini semua tak hensem. Haha. Nyata, mata aku, memang liar. Rezeki. Ingat lelaki sahaja ada rezeki? Haha.
Ajaib, tiada apa patah. 5 kali aku xray. nothing to be seen. atau mesin pengimbas xray ke tulang aku tu rosak? atau dirasuk jin? ahhh aku suka mengarut..Cisss.. Tapi sakit, tuhan je yang tahu. Dan aku yang tahu.
Setahun, dua tahun, tiga tahun empat tahun, lima tahun dah nak masuk.. rupanya semua itu belum berakhir.
3 bulan lepas, aku dengan rajinnya, merajinkan diri dating semula dengan doktor. Katanya.
Bila malam, memang bukan masa tidur aku. 2 bulan aku tak tidur. Dem. Penat. Sangat sangat. :( Because i just can feel the pain. Bila bangun pagi, I just cant feel the pain. Indeed I cant feel my leg too. Dem. Again. Again and again. :(
Eh jap, aku baca lagi naik atas, kenapa aku macam mengarang cerpen. Kisah aku. Foyonya akuuuuu... Sekejap, aku tengah segan dengan diri aku sendiri. Sekejap eh. Nak adjust balik mode.
Yes, aku dating banyak kali sem ni. Ulang alik. Kelas banyak ponteng. Ubat tukar tukar. Kaki makin lemah. Oooohhh.. Dugaan. Ada kala, tersungkur jugak aku ditepi jalan, bukan ditengah jalan. ditengah aku dah dilanggar lori taik. (sekejap, aku teringat dialog ni, dialog seseorang. Haha.) Mie, ko memang sengal. Aku suka!
Check up banyak kali. Ujian sana sini. Darah keluar masuk. Xray. MRI. Semua. Tapi belum semua la. Panjang lagi perjalanan nihh. Malasnya aku nak bercerita. Sebab memang aku kejam bagi hati aku padat dengan semua kesakitan tu. Mungkin aku perlu bangkit. Mungkin.
Dia kata. Mungkin saya perlu buat ujian lagi.
Wahai pembunuh, betul ke kau ada dalam badan aku? Wahai sel pembunuh, betul ke kau bertapak disitu? Boleh lari tak. Pergi main jauh jauh. Ke sebab ko tau aku kuat ko saje memain dalam jasad lembik aku nih? Kesian tau tak jasad ni. Dari kecik sampai besar, macam macam dia hadap. Tak tua lagi aku, pun ko tak segan segan lepak eh? lepak sekejap boleh, pastu boleh tak ajaibkan diri hilang selamanya?
Banyak lagi aku tak buat la. Aku nak pergi makan aiskrim kat Paris. Aku nak g keliling kaabah hadap tuhan aku. Aku nak g berenang ke Hutan Amazon. Aku nak pergi jajah Gunung Everest nun. Aku nak habiskan degree aku. Aku nak kerja elok elok. Bagi parent aku rasa duit aku. Beli rumah beli tanah beli kereta beli jet beli kilang beli bangunan beli negara bagai. Aku nak g sambung master ke UK. Aku nak g travel seluruh dunia. Banyak lagi benda perlu aku belajar. Semua tu aku tak buat lagi. Kalau betul ko nak lepak, boleh tak kau bertapa sekejap. Masa aku dah buat semua tu, ko pergi la lepak balik. Boleh tak? Boleh tak?? Boleh tak.
Sekarang aku tengah belajar pun, ko kacau. Tolong lahh. Bagi aku ruang untuk bernafas lega. Aku perlukan ruang itu sekarang. Tolong. Please. Sungguh kerana kau aku lemah. Hakikat, abang aku tiada. Half of me, pun hilang. Bila hilang. Setengah aku pun kau ranapkan, bagaimana harus aku berdiri teguh? bertapak pun tak mampu. Tolong, tolong hilang. Tolong jangan sakitkan aku. Tolong bagi aku peluang untuk terus kuat hadapi. Aku mesti habiskan setahun ini. Aku mesti.
Allah, pada siapa aku berkata ni? Pada kau mungkin. Aku tahu kau tahu. Tolong. Terima kasih allah. Kalau ini hukuman, aku rela. Kalau ini ujian pun aku redha. Kalau ini untuk pengajaran dan pelajaran, ye aku belajar. Kalau ini untuk tambah kekuatan, terima kasih allah. Aku akan ambil. Tapi tolong, bagi aku masa.
Kalau apa yang aku minta ini tidak keterlaluan, boleh bagi aku masa lagi 10 tahun? 20 tahun? 30 tahun? 40 tahun? MAafkan aku sekiranya aku tergolong dalam golongan yang melampaui batas. Sesungguhnya betul aku manusia kerdil yang lemah.
Sebab aku baru ketemui my other half. Aku takut dia pun pergi sebab aku begini.
Aku cinta manusia. Aku juga cinta engkau. Kalau cinta aku pada manusia ini, tidak berbaloi. Cabut terus nyawaku. Bawa aku pada cinta abadi engkau. Rapuh hatiku, ya Allah. Rapuh.
No comments:
Post a Comment