Kesekian kali lagi aku menangis dan menangis. Setiap kali menangis, aku rasa aku perlu bangkit. Setiap kali itu jugak, bisikan berkata betapa aku lemah hadapi hidup sementara ini. Betapa ego aku memendam seorang diri. Tanpa keluarga. Tanpa sesiapa. Biarlah. Biar aku tanggung sendiri. Tiada daya aku menyusahkan orang lain, walau itu yang sering aku buat. Tapi lagi kasihan aku pada diri aku sendiri. Aku menyusahkan diri aku sendiri.
Seminggu ini, aku bertemu semula dengan seorang insan ni. Mie. Setiap kali aku tulis namanya, setiap kali itu juga aku tersenyum sumbing. Hati? Bahagia mungkin. Aku buta perasaan. Kadang kadang tidak tau apa yang aku rasa sebenarnya. Hakikatnya aku gadis biasa yang sangat lurus. Lurus bendul jugak aku berterus terang tentang hati dan perasaan aku. Entah kenapa aku sangat jujur. Sebab tu aku dilanyak. Sebab aku memberi tanpa memikir apa kemungkinan kejatuhan aku kelak.
Tapi jahatnya aku. Muncul ditengah tengah dua insan. Kejamnya aku. Bukan setakat kejam pada diri sendiri. Malah aku kejam pada orang orang di sekeliling ku. Orang orang kesayangan ku. Jahatnya aku. Maafkan aku mie. :(
Aku spent masa dengan dia. He respect me. A lot. Sangat. Aku sangat respect dia. He sweet. Sangat. Macam semut hurung gula. Mungkin? Aku selesa dengan dia. Entah tak tau kenapa. Sebelum ni pun, sekadar berkawan biasa. Aku selesa. Tapi tidak seselesa ini. Aku rasa someone protect me. Sesuatu yang aku hilang selama ni. Protector, besides Allah. Mungkin hidup aku sebelum ni penuh dengan sepak terajang mungkin. Dan aku jumpa seseorang yang bukan panas baran. Semoga begitu selamanya. Aku bersyukur sangat.
Dalam masa seminggu, aku pupuk rasa itu. Bukan. Rasa itu wujud sendiri. Aku tak pinta. Tiba tiba. Pelik. Kadang aku keliru, biar benar, aku? Benar ke, allah? Rasa ini? Kau yang anugerahkan, bukan? Berbaloi kah? Betul ke jalan ini? Perasaan ini? Jawab aku.
Tapi tetap, aku jahat. Saat dia umbang ambing, aku datang. Umpama satu ruang dan satu peluang. Bukankah jahat namanya? Aku terselit secara tiba-tiba. Menjadi perosak. Tidak cukup kah aku perosak diri sendiri? Hendak pula merosak hidup orang lain? Kejam gile aku. Acha. Dont be, Acha.
Nyata, aku perempuan. Seorang gadis. Walau ganas brutal aku di luar, dalam aku lembut. Sangat. Sensitif sangat. Hati aku, tersentuh sangat. Aku rasa perasaan itu. Sayang. Ye aku sayang dia. Aku sayang mie. Makin sayang. Aku melampau. Aku makin melampau. Kejamnya aku terhadap hati aku sendiri. Membiar aku terus terbuai. Tanpa tau kesudahan. Takutnya, aku takut aku hati aku menangis lagi.
Mie, ambil lah seberapa banyak masa yang kau nak. Jangan jadikan aku pengaruh atas setiap keputusan kau. Ye, aku sayang kau. Betul, aku tak sanggup hilang kau. Lagi lagi keadaan aku sebegini. Tapi tak ape. aku faham. aku kuat. Masih kuat. sebab aku memang kuat. Aku nak sentiasa dengan kau. Tapi apa daya aku, Aku bukan pemegang hati kau.
Semoga kau berbahagia, mie. Untuk apa jua keputusan kau. Kau teratas dalam hati aku sekarang.
No comments:
Post a Comment