Wednesday, 6 November 2013

Pensel dan Pemadam

Assalamualaikum.

Hidup memang seperti pensel dan pemadam. Apa jua boleh kita samakan dengan kehidupan kita. Dari kecil sehingga saat ini. Belajar tentang hidup. Banyak peringkatnya. Setiap peringkat pasti ada kejatuhan, pasti juga ada pembangkit untuk terus bangun.

Menulis menggunakan pensel. Memadam menggunakan pemadam. Namun hakikatnya apa yang pernah tertulis memang sudah tertulis. Malah jejak bentuk dan corak masih disitu. Padam lah sehingga koyak sehelai kertas. Ia tetap disitu. Tapi sebagai manusia, memadai lah kita menulis dan memadam mengikut rentak yang tertulis. Cukuplah kesalahan itu kita padam kita tinggalkan. Mulakan yang baru, pembetulan yang belum tentu betul dan belum tentu salah. Kerana itu pensel dan pemadam tidak pernah berpisah. Kitaran yang takkan pernah habis.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

No comments:

Post a Comment